Dimulakan dengan cerita yang tak payah dijadikan teladan. You are about to read cerita saje² nak cerita untuk sape yang nak bace...
Yang aku ingat aku start minat nak melukis masa aku darjah 4..masa tu sebab nak siapkan task yang cikgu kasik. Tajuknya 'Apa Yang Korang Buat Di Masa Lapang'-dalam erti kata lain 'Hobi Saya'. Masa tu memang aku malas sangat nak melukis..sebab aku tak suka lukis human figure. So, kerja tu telah kuserahkan ke bapak aku yang telah melukis satu scene di mana 'aku menolong dia mencuci kereta.'(mmg tu keje aku masa bebudak dulu). Perasaan aku waktu tu aku tak ingt sangat, tapi memori tu kekal dalam ingatan aku sebab tu aku rasa itu adalah one of the 1st step aku mula melukis. Pastu yang aku ingat aku mula mendedikasikan life aku pada 'art' ni masa sekolah menengah. Masa start form 1 tu subjek art takde dalam periksa PMR, so 'Seni Lukis' tu cuma subjek tambahan.
Aku start kenal seorang cikgu ni nama dia Cikgu Majid.(lama kenal dia baru aku tau dia ni penulis siri buku adventure & misteri kanak²). & yang bestnya aku ada koleksi buku tu. Masa tu aku tatau sebab nama penulis dia 'Majid Bakar'. Cikgu ni la yang encouraged aku supaya salurkan creative thoughts aku kat paper. Cubaan aku nak mulakan 'passion' aku ni bukan senang..so aku harap ada yang paham. Aku bukanlah natural artist yang gifted & memang melukis sejak kecik..(kalau gifted ni bagi aku, mungkin dari kecik nampak dia boleh melukis seekor 'naga' di saat semua kanak² lain masih sibuk belajar lukis 'orang lidi'). So...disebabkan pemikiran aku tu, my 1st attempt nak cuba² jadik kreatif, aku melukis naga untuk cikgu aku tu. (tak pasti masa tu tahun naga ke ape, or dekat nak raya cina ker..tapi naga tu kononnya fantasi abisssla bagi aku!) Tujuan aku nak impress cikgu aku tu la...*(untuk pengetahuan Cikgu ni bukan cikgu hensem k..so bukan sebab tu...)
Pastu apa yang jadik, memalukan aku jugakla..bukan sebab naga tu tak menjadi, tapi sebab Cikgu Majid dah buat satu exhibition untuk kengkawan sekolah aku yg lain contribute art kat pameran tu. Malunya aku masa tu sebab aku tengok orang lain lukis gamba 'air terjun', ada yang comical, lukis kartun. Aku malu bukan sebab ape, sebab aku rasa diorang betul2 berbakat & 'naga' aku tu telah menerima kritikan pertama daripada cikgu aku. Katanya aku melukis bukan dari hati. & lebih parah lagi, cikgu cakap aku simpan semua dalam pala otak aku tapi kat tangan tak sampai! (Masa tu aku tak bebulu ke ape, aku pun tak pasti apa yang dimaksudkan oleh cikgu Majid..apa ni cikgu?..aku tak paham masa tu..lemm
Tapi, cikgu tak putus asa..terus nak brushed up aku nye 'passion' tu through theatre plak dah. Kat situ dia tubuhkan satu kelab teater untuk sekolah & suruh aku jadi director kelab. Tugas aku masa tu aku kena buat skrip untuk play sekolah. Ada yang dirakam dalam video tape & mcm² lagi la..Pencapaian yang buat aku senang hati ialah bila 'play' aku dapat jadik finalis untuk sketsa anti-dadah sekolah². Tapi aku hanya di belakang tabir & semua tu aku tak kesal buat sebab aku suka. (eventhough tak dapat ape² sijil & credits). Alaa kadang² sijil tu bukan ukuran kan...
Umur dah meningkat pastu aku tuka sekolah. Aku ada contact sekali-sekala cikgu tapi lepas tu terus hilang. (kadang² manusia ni cepat lupa, termasuk aku masa tu bukan aku lupa daratan..cuma....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
So kita tunggu post Nina seterusnya pada 03 Ogos 2006. Yeay!
3 Ogos? Lamanya! Kelakar la awak ni nazri. Saya suka sangat awak dah witty sekarang.
Post a Comment